fbpx
chenille 2

Chenille Embroidery Jadikan Varsity Jacket Anda Nampak Lebih Gempak

Chenille embroidery atau sulaman chenille selalu digunakan untuk menghiasi varsity jacket atau letterman jacket. Dengan menggunakan benang bulu, kapas atau akrilik, ia menghasilkan dekorasi bentuk huruf, logo atau tulisan dengan tekstur yang timbul dan tebal seperti tuala hotel atau karpet mewah. Sulaman chenille boleh dibuat terus ke atas kain jaket atau disulam dulu pada sehelai kain felt yang kemudian dipotong kontur dan dijahit pada pakaian sebagai patch.

Dekorasi sulaman chenille sudah lama digunakan di negara-negara barat untuk menghiasi varsity jacket kebanggaan mereka. Di dada jaket mereka terpampang huruf itinial yang bersaiz besar, mungkin ia huruf awal nama sekolah atau kolej mereka, atau nama unik batch senior year mereka. Tidak kurang juga yang mahukan sulaman chenille ini untuk menghasilkan logo atau tulisan-tulisan menghiasi jaket mereka.

Walaupun kos sulaman chenille ini lebih tinggi daripada sulaman yang biasa, ia tetap menjadi pilihan pelanggan yang mahukan kelainan berbanding sulaman rata dan silkscreen printing yang sudah sangat biasa.

Eraine Custom Clothing menawarkan sulaman chenille ini sejak tahun 2012 lagi di Malaysia. Selain daripada pembuat custom made jacket yang kurang di Malaysia, kami mendapati belum ada lagi pengeluar jaket yang menawarkan pilihan sulaman chenille ini kepada pelanggan-pelanggan mereka.

Seniman terkenal Dato Afdlin Shauki dan syarikat kewangan American Express Malaysia adalah diantara pelanggan kami yang pernah menempah sulaman chenille untuk varsity jacket mereka.

Dekorasi varsity jacket menjadi lebih menarik lagi apabila sulaman chenille ini digunakan untuk tulisan ‘tail word’ atau logo yang melintang di bahagian dada yang akan bercantum apabila jaket dipakai dan dibutangkan.

Dengan memilih sulaman chenille sebagai dekorasi untuk jaket anda, sudah pasti jaket anda akan terlihat lain daripada biasa. Gaya anda juga akan lebih menyerlah.