Kebanyakan perniagaan, terutamanya di dalam industri perkhidmatan profesional sentiasa mencari cara untuk meningkatkan keterampilan dan mengekalkan hubungan baik sesama warga pekerja syarikat untuk jangka masa panjang. Memberikan hadiah-hadiah koporat kepada para pekerja seperti bekas minuman berlogo syarikat adalah salah satu cara yang biasa dilakukan oleh majikan.
Mungkin kali ini para majikan boleh mempertimbangkan pakaian sebagai hadiah. Majikan boleh memilih sama ada t-shirt ataupun jaket seperti varsity jacket atau bomber jacket. Tambahkanlah logo dan slogan syarikat pada pakaian ini menjadi pakaian pakaian berjenama syarikat anda. Dengan desain yang menarik, pasti warga pekerja syarikat anda akan berasa sangat gembira menerima hadiah ini daripada majikan kesayangan mereka.
Mari kita lihat 3 kelebihan menghadiahkan pakaian berjenama syarikat anda ini sebagai hadiah korporat.
1. Pelaburan modal insan
Selain melabur untuk pembangunan perniagaannya, majikan haruslah memikirkan juga pembangunan modal insan warga pekerjanya. Memberikan hadiah adalah salah satu cara menghargai mereka yang sama-sama berjuang membangunkan perniagaan.
Pekerja-pekerja yang bermotivasi akan berasa gembira serta dengan senang hati memakai pakaian berlogo syarikat yang dihadiahkan oleh majikan.
Honda Sales Division Malaysia Sdn Bhd
Pekerja yang gembira dengan majikan dan tempat kerjanya, mereka sendiri akan meminta agar logo syarikat akan sentiasa berada di badan mereka. Bila mereka bekerja dengan gembira, sudah tentulah prestasi kerja mereka dan seterusnya keuntungan syarikat akan meningkat.
2. Menjadikan warga pekerja sebagai duta syarikat
Majikan boleh menjadikan pakaian berjenama syarikat sebagai pakaian seragam di tempat kerja, bukan sahaja sebagai hadiah. Ini akan mengubah mereka menjadi duta syarikat, misalnya sewaktu rehat makan tengah hari atau ketika berurusan dengan pelanggan di luar pejabat.
Dengan mindset dan latihan yang betul, duta syarikat berpakaian seragam ini akan membawa imej dan nama baik syarikat pergi lebih jauh. Seterusnya ia dapat menarik minat bakal pelanggan untuk menjadi pelanggan tetap.
3. Meningkatkan perluasan jenama syarikat anda
Memetik daripada artikel daripada laman Forbes.com, satu kajian yang dijalankan oleh BI Worldwide, pekerja yang gembira dengan majikan dengan senang hati memakai pakaian berjenama syarikat di luar waktu kerja.
Katakan pekerja-pekerja sebuah syarikat memakai jaket yang dihadiahkan oleh majikannya di luar. Ada yang memakainya ketika bercuti di pusat peranginan, ada yang jalan-jalan di mall dan sebagainya. Jaket ini terlihat menjadi billboard bergerak. Orang ramai di luar bukan sahaja melihat kemegahan syarikat anda, malah mereka menilai syarikat anda sebagai majikan yang baik sanggup berbelanja menghadiahkan pakaian yang istimewa buat pekerjanya.
Kami juga pernah beberapa kali mendapat tempahan daripada kumpulan pekerja yang mahu menempah jaket berlogo majikan mereka. Mereka sanggup keluar belanja sendiri. Mereka adalah para pekerja yang bermotivasi dan sangat bangga dengan tempat kerja mereka. Apalah kiranya kalau pihak majikan mengeluarkan sedikit bajet untuk menempah pakaian ini, tentu pekerja-pekerja ini akan berasa lebih gembira lagi.