fbpx
harvard baseball team first letterman sweater

Sejarah asal-usul Varsity Jacket

Dari negara barat hingga menular ke Malaysia, tradisi varsity jacket ini masih kekal di kalangan pelajar sekolah tinggi, kolej dan universiti. Malah terdapat juga syarikat-syarikat yang menjadikan varsity jacket sebagai corporate gift kepada staf mereka. Designnya yang boleh dipelbagaikan dengan kombinasi warna yang menarik serta hiasan logo dan huruf menjadikan ia pilihan terbaik untuk tempahan kumpulan pelajar atau syarikat.

custom varsity jacket
Pelbagai design varsity jacket yang pernah dihasilkan oleh Eraine Custom Clothing

Varsity jacket yang anda pakai hari ini sebenarnya amat berbeza dengan ketika ia mula-mula muncul lebih 150 tahun lalu. Jaket ini pada mulanya dikenali sebagai letterman sweater kerana ada hiasan huruf initial yang besar di dada jaket.

Pasukan Basesall Kolej Harvard, Tahun 1865

Pasukan baseball Kolej Harvard pada tahun 1865, pasukan yang pertama sekali memakai letterman sweater

Pada tahun 1865, para jurulatih pasukan baseball Kolej Harvard memikirkan satu cara untuk membezakan pemain terbaik dan memberi penghargaan atas kejayaan mereka berbanding pemain biasa. Mereka telah memilih pakaian sebagai hadiah, iaitu baju sweater tanpa lengan yang diperbuat daripada benang bulu yang dikait dihiasi dengan huruf H yang besar. Penerima pakaian istimewa ini digelar sebagai ‘letterman’. Baju ini menjadi idaman para pemain. Mereka bersaing dan mempertingkatkan permainan untuk mendapatkan baju letterman sweater ini.

Menular ke Pasukan American Football

Sedekad kemudian, pada tahun 1875, pasukan football di Kolej Harvard pula meniru penganugerahan ‘letterman’ untuk pemain terbaik mereka. Letterman telah menjadi status pemain elit. Kaedah yang telah dimulakan oleh pasukan baseball ini telah terbukti menjadi satu cara mengiktiraf kerja keras dan keupayaan pemain. Semua pemain mahu dilihat berjalan di kampus dengan memakai letterman sweater ini.

Atlet terhebat pasukan football memakai varsity sweater mereka

Bermula dari Kolej Harvard, pasukan dari pelbagai kolej, universiti hinggalah ke sekolah menengah tinggi di seluruh Amerika Syarikat sudah pun mempunyai letterman sweater mereka sendiri.

Daripada Sweater Bertukar Menjadi Jaket

Pada awal 1900-an, letterman sweater masih kekal sebagai pakaian yang berprestij. Akan tetapi fesyennya telah berubah, daripada sweater benang bulu jenis pull-over, letterman sweater telah berubah menjadi jaket, pada awalnya kepada jenis cardigan.

Letterman sweater berupa cardigan pada tahun 1920-an

Perlahan-lahan fesyen jaket ini berubah, sehinggalah pada sekitar tahun 1930-an ia menjadi rupa varsity jacket yang kita lihat pada hari ini. Pada sekitar tahun 1930 jaket universiti itu memperoleh identiti, struktur dan bahan yang kita kenali hari ini. Selama lebih setengah abad, varsity jacket yang diperbuat daripada kain wool atau fleece, material kulit di bahagian lengan dan hiasan huruf yang besar dari sulaman chenille masih kekal sebagai simbol atlit yang cemerlang.

1950-an Bermulalah Era Fesyen Varsity Letterman Jacket

Sepanjang separuh pertama tahun 1900-an, sweater dan jaket varsity letterman lebih popular di kalangan atlet lelaki. Bermula pada tahun 1950-an ia menjadi trend fesyen yang klasik dan ikonik untuk pelajar-pelajar lelaki dan perempuan. Daripada menjadi simbol kecemerlangan atlet, kini ia menjadi trend pelajar tahun akhir ‘senior year’ kolej, universiti dan sekolah tinggi.

Menular ke Industri Hiburan dan Seterusnya Fesyen di Seluruh Dunia

Varsity Jacket turut menjadi fesyen kegemaran di kalangan selebriti terkenal. Penyanyi Micheal Jackson misalnya, memakai varsity jacket di dalam video muzik Thriller. Ramai artis hip-hop sehingga kini menggayakan identiti mereka dengan varsity jacket.

Di Malaysia fenomena varsity jacket ini tidak mahu ketinggalan. Selebriti hip-hop Joe Flizzow begitu gemar sekali bergaya dengan varsity jacket. Pengarah filem dan komidian terkenal Dato’ Afdlin Shauki juga mempunyai pelbagai koleksi varsity jacket yang bertemakan Boboi, BOB dan Vision Works, semua ini ditempah di Eraine Custom Clothing.

Trend yang tidak akan berhenti

Walaupun varsity jacket telah mengalami banyak perubahan rekaan sepanjang sejarahnya, apa yang kekal adalah semangat pencapaian dan kejayaan yang menjadi lambang pemakaian varsity jacket ini. Gaya retro tidak akan berhenti menjadi trend dan ikon di dalam industri fesyen dan pakaian.

Anda boleh menempah varsity jacket untuk kumpulan atau syarikat anda di Eraine Custom Clothing. Dengan kuantiti order yang rendah kami menawarkan kepelbagaian pilihan dari segi stail, jenis material kain, jenis dekorasi dan sebagainya.