Kombinasi warna terang dan gelap
Jika anda mahukan penampilan gaya varsity jacket anda lebih kelihatan ‘wowww’ anda boleh gandingkan warna terang dengan warna gelap. Contoh seperti di bawah, badan berwarna hitam dan lengannya berwarna kuning dan satu lagi, badannya berwarna merah lengannya berwarna hitam.
Lihatlah pilihan warna kain yang ada di laman pilihan jenis dan warna kain fleece di website ini.
Lengan kulit
Varsity jacket anda akan kelihatan lebih elegant apabila bahagian lengan dibuat dengan material kulit. Ia memberikan kesan berkilat di bahagian lengan dan menjadikan jaket lebih menarik.
Ada 2 pilihan jenis kulit iaitu kulit sintetik dan kulit asli. Kulit sintetik diperbuat daripada bahan polyurethane (PU) dan harganya agak ekonomi. Jika anda mempunyai bajet lebih, bolehlah memilih kulit asli dari kulit lembu atau kambing biri-biri. Kulis asli lebih tahan lama dan nyaman memakainya.
Hoodie
Tambahkan hoodie kepada varsity jacket anda. Gayanya menjadi lebih santai dan cool.
Varsity jacket dengan hoodie nampak menarik bila digayakan oleh golongan muda seperti pelajar di kampus.
Anda boleh dapatkan varsity jacket di kedai online seperti Shopee dan Zalora untuk anda pakai sendiri.
Bagi anda yang mahu menempah varsity jacket untuk kumpulan atau syarikat anda bolehlah merujuk kepada website Custom Varsity Jacket kami. Anda boleh menempah varsity jacket mengikut design, warna dan jenis material yang anda mahukan.