Kelas Bisnes Custom Jacket 2026

Kelas Bisnes Custom Jacket 2026
Kelas Bisnes Custom Jacket

Mulakan bisnes custom jacket tanpa perlu ada kilang sendiri.

Belajar cara mendapatkan pelanggan, memahami permintaan mereka, menyediakan quotation, mengurus design dan tempahan, sementara proses pengeluaran dijalankan melalui sistem production yang sedia ada.

Anda tak perlu bermula dengan mesin, pekerja atau operasi kilang. Fokus kelas ini ialah bagaimana anda boleh faham produk, menjual dengan yakin dan mengurus order dengan lebih tersusun.

Kenapa kelas ini?

Nampak peluang dalam custom apparel, tapi tak pasti macam mana nak mula?

Ramai orang sebenarnya boleh menjual custom jacket. Masalahnya mereka tidak tahu bagaimana hendak mengurus proses dari prospek sampai order siap.

Nak mula dengan produk apa?
Nak terangkan material pada pelanggan macam mana?
Quotation dan harga jual nak kira macam mana?
Macam mana nak kumpul design, saiz dan kuantiti?
Perlu ada mesin dan kilang sendiri ke?
Macam mana nak urus order dengan lebih profesional?

Jawapannya: tak semestinya kena ada kilang sendiri. Anda boleh fokus kepada pelanggan, jualan dan pengurusan tempahan dengan production partner sebagai bahagian belakang operasi.

Kenapa Custom Jacket?

Bukan satu jenis produk sahaja. Pasarannya luas.

Custom jacket boleh dijual kepada pelbagai segmen β€” daripada student sampai syarikat, persatuan, komuniti dan corporate client.

01

Produk Custom Bernilai Tinggi

Pelanggan bukan sekadar membeli pakaian kosong. Mereka membeli design, identiti kumpulan, branding dan spesifikasi yang dibuat khas.

02

Banyak Segmen Pasaran

Sekolah, IPT, kelab, persatuan, syarikat, organisasi, komuniti, event, team sukan dan banyak lagi.

03

Sesuai Untuk Pre-Order

Tak semestinya perlu simpan stok. Anda boleh kumpulkan order dahulu sebelum memulakan tempahan.

04

Banyak Pilihan Produk

Varsity, coach jacket, corporate jacket, bomber, windbreaker dan pelbagai jenis outerwear lain.

05

Boleh Tambah Pada Bisnes Sedia Ada

Sesuai untuk usahawan printing, merchandise, apparel dan kontraktor yang mahu menawarkan lebih banyak produk.

06

Tak Perlu Urus Kilang Sendiri

Fokus kepada jualan, customer dan order. Production boleh disokong melalui sistem yang sudah tersedia.

Apa Yang Dipelajari

Fokus kepada perkara yang anda perlukan untuk mula menjual dan mengurus order.

Bukan kelas membuka kilang. Bukan belajar jahit dari A sampai Z. Fokusnya ialah sisi bisnes.

βœ“Bagaimana model bisnes custom jacket berfungsi
βœ“Jenis-jenis jacket yang biasa ditempah pelanggan
βœ“Cara memahami keperluan pelanggan
βœ“Asas material dan pilihan produk
βœ“Costing ringkas dan menentukan harga jual
βœ“Cara menyediakan quotation
βœ“Mendapatkan maklumat design daripada pelanggan
βœ“Mengurus size, kuantiti dan butiran order
βœ“Mengurus order daripada pertanyaan hingga penghantaran
βœ“Berkomunikasi dengan pelanggan secara profesional
βœ“Menggunakan sample untuk membantu proses jualan
βœ“Membina margin daripada setiap tempahan
Siapa Yang Sesuai?

Tak semestinya kena datang dari industri pakaian.

Individu
Yang mahu memulakan bisnes sampingan atau bisnes baru.
Usahawan printing / merchandise / apparel
Yang mahu menambah produk custom jacket.
Pelajar IPT
Yang mahu buat pendapatan sampingan melalui sistem pre-order di kampus.
Orang yang ada network
Sekolah, universiti, syarikat, persatuan atau komuniti.
Usahawan & kontraktor
Yang mahu tambah produk kepada pelanggan sedia ada.
Pemula
Yang mahu menjual produk custom tanpa perlu mengurus production sendiri.
Apa Yang Anda Dapat?

Bukan balik dengan teori sahaja.

Semua peserta yang hadir

Katalog Warna Kain Fleece untuk membantu anda menunjukkan pilihan warna kain kepada bakal pelanggan.

eBook bisnes pakaian:

  • eBook Kaut Untung Dengan Bisnes Pakaian
  • eBook Bisnes Custom Jacket

Anda juga akan mendapat pendedahan kepada cara mengurus pertanyaan dan tempahan dengan lebih tersusun.

Siapa Di Sebalik Kelas Ini?

Dibina daripada pengalaman sebenar Eraine Clothing.

Eraine Clothing bermula pada tahun 2010 di Banting, Selangor dan berkembang dalam bidang custom apparel, khususnya jacket, uniform dan corporate wear.

Hari ini operasi utama production berada di Indonesia dan mengendalikan tempahan pelanggan Malaysia, Singapura dan pasaran lain. Kelas ini mengambil pengalaman sebenar tersebut dan menukarkannya kepada panduan yang lebih mudah untuk orang yang mahu menjual dan mengurus tempahan custom jacket.

Sejak 2010Pengalaman dalam custom clothing.
Malaysia & serantauPengalaman mengurus pelanggan rentas pasaran.
Factory directBerurusan terus dengan team production.
Pernah dipaparkanMetro Ahad / Harian Metro.

Kelas ini bukan sekadar β€œmotivasi bisnes”. Fokusnya ialah perkara yang benar-benar berlaku ketika pelanggan bertanya, meminta quotation, memilih material, menghantar design dan membuat order.

Pendaftaran Rasmi

Tempah tempat melalui Ticket2U

Yuran RM120 seorang. Pendaftaran dianggap sah selepas pembayaran berjaya.

FAQ

Soalan yang biasa ditanya

Saya tak ada pengalaman dalam bisnes pakaian. Boleh join?

Boleh. Kelas ini sesuai untuk pemula yang mahu memahami model bisnes custom jacket dari sudut mendapatkan pelanggan dan mengurus tempahan.

Perlu ada mesin, kilang atau pengalaman menjahit?

Tidak. Fokus kelas ini bukan membuka kilang. Anda akan belajar sisi produk, jualan, quotation dan pengurusan order.

Kelas ini sesuai untuk pelajar IPT?

Ya. Antara model yang sesuai ialah mendapatkan tempahan secara pre-order daripada batch, persatuan, kolej kediaman, kelab atau event kampus.

Semua peserta dapat sample jacket?

PERCUMA Sample Varsity Jacket hanya untuk 15 peserta pertama yang berjaya membuat pembayaran. Semua peserta yang hadir tetap menerima Katalog Warna Kain Fleece.

Boleh pilih warna, design atau saiz sample?

Tidak. Sample diberikan berdasarkan stok yang tersedia.

Bagaimana cara daftar?

Pendaftaran dan pembayaran dibuat melalui Ticket2U pada bahagian pendaftaran di halaman ini.

4 Oktober 2026 β€’ Shah Alam

Kalau selama ini anda rasa β€œaku boleh jual benda ni, cuma tak tahu nak mula macam mana” inilah kelasnya.

Datang untuk faham produk, cara berurusan dengan pelanggan dan bagaimana mengurus order custom jacket dengan lebih yakin dan tersusun.