Kenapa Pre-Order Varsity Jacket Anda Tak Laku? Rahsia Design & Strategi Supaya Jaket Jadi Rebutan
Ramai pelajar universiti cuba cari duit tepi dengan buat pre-order varsity jacket untuk kawan-kawan kampus. Niatnya bagus, sambil belajar boleh tambah income, sambil tu dapat pengalaman uruskan tempahan dan bisnes kecil-kecilan. Tapi, ramai yang mengadu selepas buat pre-order, sambutannya suam-suam kuku, malah ada yang langsung tak laku.
Pernah tak anda terfikir kenapa orang tak excited nak order jaket tu? Mari kita bongkar puncanya – dan macam mana nak buat design jaket yang orang berebut nak beli.
1. Masalah Utama: Design Tak Lawa, Tak Menarik
Kebanyakan tempahan pre-order varsity jacket gagal sebab masalah design. Antara kesilapan biasa:
- Design syok sendiri – Ramai yang buat design sekadar ikut suka hati sendiri, tanpa ambil kira apa trend yang tengah diminati oleh anak muda. Hasilnya, design tu jadi ketinggalan zaman dan tak ada nilai fesyen langsung. Kalau target audience sendiri tak rasa bangga nak pakai, orang lain lagi la tak akan berminat nak beli.
- Terlalu formal & straight forward – Kebanyakan design terus letak logo universiti besar-besar kat depan dada atau belakang jaket. Sekilas pandang, terus nampak macam uniform rasmi staf kampus, bukan pakaian gaya hidup. Pelajar biasanya nak sesuatu yang lebih santai dan trendy, bukan baju yang buat mereka rasa macam sedang menghadiri majlis formal.
- Macam official merchandise – Ada juga yang design jaket sebiji macam merchandise rasmi yang dijual di kedai buku universiti. Masalahnya, kalau rupa sama je dengan yang boleh dapat kat kedai, kenapa orang nak beli dari pre-order? Lebih teruk lagi kalau harga pula lebih mahal, confirm tak ada siapa nak order.
- Kurang elemen kreatif – Ramai yang tak tambah apa-apa kelainan pada design, hanya sekadar tampal logo dan nama universiti. Padahal, pelajar generasi sekarang suka benda yang ada “twist” moden, contohnya slogan catchy, ikon kecil yang unik, atau grafik yang hanya “orang dalam” faham. Tanpa elemen kreatif, jaket tu nampak hambar dan tak ada jiwa fesyen.
Kalau design dah tak menarik, pembeli memang tak rasa jaket tu sesuatu yang cool. Akhirnya mereka fikir, “baik beli jaket biasa je.”
Dalam dunia fesyen, persepsi itu sangat penting. Kalau sekali pandang dah nampak hambar, peluang nak orang order memang tipis. Jadi sebelum buat pre-order, pastikan design ada “wow factor” yang boleh buat kawan-kawan kampus rasa excited nak jadi antara yang pertama memilikinya.



2. Jual Lifestyle, Bukan Sekadar Jaket
Untuk laku keras, varsity jacket perlu bawa feel fesyen & lifestyle.
- Ada gaya streetwear
- Warna dan potongan nampak trendy
- Boleh dipakai ke kelas, keluar lepak, konsert atau jalan-jalan
Bila jaket tu ada nilai fesyen, orang akan rasa mereka beli gaya hidup, bukan sekadar kain dan butang. Jaket tu jadi sesuatu yang boleh mereka banggakan bila bergambar, dipakai ke event atau dipost dalam media sosial. Inilah sebabnya jenama-jenama besar selalu tekankan lifestyle dalam produk mereka, bukan kerana material semata-mata, tetapi kerana vibe dan identiti yang datang bersama. Kalau nak pre-order varsity jacket betul-betul laku, pastikan ia mampu buat pelajar rasa “wow, aku nak join trend ni” dan bukan sekadar beli sebab kawan ajak.


3. Studi & Rancang Design Dulu
Sebelum confirm design, penting untuk buat kajian. Beberapa strategi yang terbukti berkesan:


a) Streetwear Vibes
Ambil inspirasi dari Instagram, Pinterest, atau jenama streetwear terkenal. Adaptasi style tu dengan identiti universiti supaya jaket nampak fresh, cool & exclusive. Adaptasi style tu dengan identiti universiti supaya jaket nampak fresh, cool & exclusive. Kalau ada elemen lifestyle macam ni, pelajar rasa mereka beli fesyen yang boleh dipakai ke kelas, keluar lepak, atau event santai, bukan sekadar uniform.
b) Imej Universiti Secara Indirect
Tak perlu letak logo universiti besar-besar. Guna initial (contoh: UM, MMU, UTP) dan tambah tagline catchy seperti “Stronger Together”, “UM Vibes”, lebih subtle tapi tetap ada identiti. Cara ni lebih kreatif sebab ia bagi ruang untuk student rasa bangga dengan universiti tanpa nampak terlalu formal, macam baju rasmi.
c) Kombinasi Warna Fresh
Jangan recycle navy-cream atau hitam-putih je. Cuba warna urban tone, earth tone, pastel, atau konsep mix & match yang segar. Contoh: hijau olive, burnt orange, dusty pink, atau kombinasi bold navy dengan kuning. Warna yang segar boleh buat design lebih menonjol bila dipakai beramai-ramai, sekaligus jadi tarikan bila nampak di kampus atau media sosial.
d) Limited Edition Feel
Tambah tarikan eksklusif seperti “Class of 2025” atau nama batch. Boleh juga buat siri khas untuk fakulti, tapi design kena kreatif, bukan sekadar cop nama bulat-bulat. Letak tahun batch atau tagline batch boleh buat pelajar rasa “ini memang jaket untuk generasi kami”, jadi nilai sentimental lebih tinggi dan lebih ramai nak order sebab takut ketinggalan.




e) Berani Jadi Lain Dari Yang Lain
Gunakan variasi material – fleece, kulit, satin, denim, atau lining yang menarik. Kalau nak naikkan value, cuba teknik lain selain sulaman biasa, seperti patch chenille, applique, atau embroidery 3D. Dengan cara ni, jaket akan nampak jauh lebih eksklusif dan ada “wow factor” bila orang nampak.
Jangan takut untuk bereksperimen dengan elemen tambahan. Contohnya, letakkan nombor batch dengan chenille timbul besar di belakang, gabungkan kain lengan yang kontras macam kulit atau denim, atau masukkan patch ikonik yang buat jaket nampak limited edition. Bila ada sentuhan unik macam ni, pelajar akan rasa jaket tu bukan sekadar pakaian, tapi koleksi khas yang kena “cop” cepat sebelum habis.
Selain tu, ambil inspirasi dari jenama streetwear luar negara atau trend dalam Pinterest & IG. Idea luar kotak ni akan buat design nampak lain dari yang lain, lebih segar, dan lebih hype bila dipakai ramai-ramai.
4. Check Bajet Dulu, Baru Jalan
Design cun + harga masuk akal = confirm ramai order.
Ramai student ada idea best, tapi bila sampai bab kira bajet → terus blur. Sedangkan, pre-order varsity jacket ni sangat bergantung pada keseimbangan antara kos, design, dan target kuantiti. Kalau bajet lari terlalu tinggi, orang akan rasa tak berbaloi nak beli. Tapi kalau pandai kawal kos dan tetapkan strategi harga, peluang untuk ramai orang order memang lebih cerah.
Sebelum lancarkan pre-order, pastikan anda jelas dengan:
-
Idea design – konsep dan style apa yang nak dibawa.
-
Target kuantiti – berapa minimum order untuk cukup modal.
-
Kalau ada team, lagi bagus – lebih mudah untuk promote dan cari pembeli.


5. Cari Partner Kilang Yang Betul
Akhirnya, walaupun idea design dah cun, kalau partner kilang tak boleh deliver → tetap akan jadi masalah.
Ramai student atau organizer batch order tersangkut bila tempah dengan supplier kecil yang tak cukup pengalaman.
Hasilnya? Jahitan tak kemas, warna kain lari, sulaman pecah, atau paling teruk → jaket siap lambat sampai event pun dah habis.
Dengan Eraine Clothing, isu-isu macam tu tak perlu risau. Kami bukan level “print order kecil-kecilan” tapi kilang custom varsity jacket yang memang specialized dan berpengalaman. Dari fleece, satin, kulit, sampai denim → semua material kami boleh handle. Nak sulaman biasa boleh, tapi kalau nak naikkan value, kami ada chenille timbul, patch embroidery, applique, 3D embroidery… semua boleh buat.
Ringkasnya, kalau nak jaket batch yang wow dari segi design dan selamat dari segi production, pilihlah partner yang betul.
👉 Dengan Eraine Clothing, bukan sekadar dapat jaket cantik, tapi juga jaminan kualiti, ketepatan masa, dan support penuh sampai jaket sampai ke tangan anda.