Apa Beza Varsity Jacket Classic & Raglan? Ramai Tanya Masa Nak Tempah… Ini Jawapannya!
Ramai yang tanya:
“Beza jaket classic dan raglan tu apa sebenarnya?”
Soalan ni selalu masuk bila pelanggan nak buat tempahan, terutama bila mereka dah ada gambar jaket tapi tak tahu nama jenisnya.
Mungkin ramai tak perasan beza ni sebab nampak hampir sama, tapi sebenarnya, beza potongan ini memberi kesan besar pada rupa dan gaya jaket varsity.
Jadi… mari kami tunjuk dan terangkan satu-satu.
Classic vs Raglan – Ini Contohnya


Dua-dua ni varsity jacket. Yang kiri raglan, yang kanan classic.
Dah nampak beza? Kalau belum, cuba tengok betul-betul bahagian sambungan lengan.
Jaket Varsity Classic Style
Jenis classic ada potongan bahu dan lengan yang berasingan. Bahagian sambungan tu nampak macam ‘bingkai’ — sebab itulah rupa dia kelihatan lebih formal dan kemas.
Gaya ni sesuai sangat untuk jaket korporat, team rasmi, atau mereka yang suka gaya lebih ‘structured’.
Jaket Varsity Raglan Style
Untuk raglan, lengan dijahit terus dari leher ke pergelangan tangan — nampak macam sambungan serong.
Gaya ni nampak lebih ‘sporty’ dan selesa. Memang popular untuk pasukan sukan, pelajar sekolah atau aktiviti luar.
Selain Classic & Raglan… Banyak Lagi Gaya Jaket Varsity!
Kami juga ada pelbagai jenis lain seperti:
- Hoodie Varsity
- Retro Style
- Retro Raglan
- Hoodie-Raglan
- Sukajan (Sporty Japanese Jacket)
Setiap gaya ada karakter dan kesesuaian tersendiri. Sesuai untuk korporat, kelab, sekolah, reunion, dan banyak lagi.
Nak Tahu Gaya Mana Sesuai Untuk Team Anda?
Kalau masih ragu-ragu, jangan risau. Kami boleh bantu anda pilih jenis yang sesuai ikut bajet dan keperluan. Contact kami segera.