Kenapa Tempah Pakaian Custom di Eraine Clothing Selamat dan Murah?
Bahagian 2 – Rahsia Di Sebalik Harga Kami Yang Stabil
Dalam Bahagian 1, kami kongsikan bagaimana kelebihan dari segi kapasiti dan kemahiran membolehkan Eraine Clothing hasilkan pakaian berkualiti, kemas dan cepat.
Ramai pelanggan kami terkejut apabila dapat harga jauh lebih rendah dari tempat lain, tetapi masih mendapat apa yang mereka inginkan dari segi warna, material dan reka bentuk. Ini semua kerana kami mempunyai sistem kerja yang cekap seperti yang diterangkan dalam Bahagian 1 – dari segi kepakaran, bahan mentah yang melimpah dan pasukan produksi yang stabil.


Namun ada satu soalan penting yang pelanggan kami pernah tertanya-tanya:
“Macam mana Eraine boleh bagi harga lebih murah, tapi hasil tetap berkualiti?”
“Kenapa Eraine Clothing boleh siapkan cepat tempahan saya ni?”
Jawapannya mudah: Struktur operasi kami tidak terbeban 5 perkara di bawah sebagaimana ramai pembekal lain.
1. Kami Tidak Terbeban Dengan Kos Buruh Yang Meningkat
Ramai pembekal terpaksa naikkan harga kerana tekanan daripada:
- Gaji minima pekerja yang dinaikkan, termasuk untuk pekerja asing
- Levi pekerja asing yang tinggi
- Caruman simpanan yang bakal diwajibkan untuk pekerja asing
Di Eraine Clothing, kami tidak terkesan dengan tekanan ini kerana kami ada sistem upah yang adil untuk pekerja-pekerja dan juga adil untuk perniagaan kami. Bukan itu saja, kami tidak terbeban dengan pelbagai polisi-polisi sedia ada dan ketetapan baru yang selalu berubah dan bertambah. Maka, kami boleh tawarkan harga yang lebih stabil dan kompetitif.
2. Tiada Kos dan Caj Perniagaan Melampau
Kos perniagaan kini semakin meningkat dengan pelbagai caj tambahan seperti;
- SST (Sales & Service Tax)
- Cukai korporat
- Caj lesen & papan tanda
- Yuran syarikat (company secretary, audit, submission dan lain-lain)
- Kenaikan tarif elektrik
- Caj bank tambahan sehingga 8%
Gabungan semua ini pastinya menyumbang kepada peningkatan kos tempahan pakaian di tempat lain.
Kami beroperasi dalam sistem yang lebih ringan, jadi anda tak perlu bayar lebih untuk kos yang kami sendiri tak perlu tanggung.
3. Tidak Terikat Dengan Kompaun dan Penalti Operasi
Kebanyakan pembekal terdedah dengan risiko yang menyebabkan akan dikenakan kompaun dan penalty atas sebab-sebab seperti berikut:
- Lambat perbaharui lesen
- Gantung banner tanpa pelekat permit
- Lambat hantar laporan & audit
- Tak hantar borang cukai tepat masa
Setiap penalti = kos.
Semua ini akhirnya akan diserap ke dalam harga produk, anda juga yang terkesan.
Di Eraine, kami beroperasi dalam sistem yang lebih fleksibel dan bebas dari tekanan ini.
Hasilnya? Harga kami lebih rendah, servis kami lebih lancar.
4. Produksi Tidak Akan Tergendala Akibat Isu Pekerja Asing
Ramai kontraktor dan ejen menghantar tempahan ke kilang pakaian atau tukang jahit bebas yang sebenarnya menggunakan tenaga kerja tanpa izin atau menyalahgunakan permit kerja.
Risikonya?
- Bila diserbu, produksi tutup
- Pekerja ditahan
- Tempahan tergendala atau hilang
- Anda pula ditinggalkan dengan tempahan baju tak siap
Contoh nyata: Rancangan 999 TV3 pada 17 Jun 2025.
Anggota penguat kuasa Jabatan Imigresen menyerbu premis yang didiami oleh sekumpulan warga asing yang menjalankan perniagaan menjahit pakaian secara haram. Klik video di bawah untuk menonton.
Kelihatan dalam video ini, tempahan baju kemeja korporat yang dikerjakan oleh para tukang jahit warga asing ini. Sudah tentulah tempahan ini tergendala kerana warga asing yang menyalahgunakan permit kerja dan tiada permit kerja ini telah ditahan oleh pihak berkuasa.
Di Eraine Clothing, semua tenaga kerja kami adalah warga tempatan.
Tiada risiko kilang tutup mengejut, tiada serbuan, tiada drama 999.
Tempahan anda terjamin selamat.
5. Kos Logistik Yang Lebih Rendah & Fleksibel
Di kebanyakan tempat, semua penghantaran mesti ikut prosedur ketat:
Barang besar, mesti dengan kenderaan besar seperti van atau lori, kos pun jadi tinggi.
Tapi dalam ekosistem perniagaan kami:
- Stok kain boleh dihantar semudah naik motor
- Mesin jahit industri sampai dengan trak pick-up atau motor saja
- Pakaian siap dihantar ikut cara paling efisien, setakat 2 guni naik motor pun boleh!
Bukan itu saja, stok kain pun tak perlu tunggu berhari-hari, secepat 2 jam pun boleh sampai tanpa perlu sewa lori mahal.
Ini menjadikan kos logistik jauh lebih rendah dan harga akhir kepada pelanggan pun tak melambung.
Harga Murah Bukan Lagi Misteri
Apabila anda tempah dengan Eraine Clothing, anda bukan saja dapat produk berkualiti – anda juga:
- ✅ Terlindung daripada risiko kilang kena serbu
- ✅ Tidak perlu tanggung harga melambung kerana kos tersembunyi
- ✅ Dapat servis yang stabil, selamat dan telus
Harga kami murah bukan sebab “potong kos kualiti”, tapi kerana sistem kami:
- ✅ Tidak dibebankan kos luaran yang meningkat
- ✅ Tidak bergantung pada sistem pekerja berisiko
- ✅ Tidak terperangkap dalam rantaian birokrasi & penalti
- ✅ Tidak perlukan logistik mahal untuk bergerak
Eraine Clothing memberikan anda harga yang realistik dan servis yang boleh dipercayai. Sebab itu ramai pelanggan besar & kecil kembali setiap tahun.
📩 Hubungi kami hari ini untuk perbincangan lanjut:
📬 Klik sini untuk hubungi