fbpx

Kursus Bisnes Custom Made Jackets

Buat pertama kalinya, Eraine Creative Sdn Bhd, menganjurkan kursus tentang perniagaan custom made jackets, khusus untuk usahawan-usahawan pakaian, usahawan premium gift anda yang berminat memulakan perniagaan.

Kami akan kongsikan pengetahuan dan pengalaman kami yang sudah 8 tahun di dalam perniagaan yang menguntungkan ini.

Mungkin selama ini anda belum bersedia untuk menceburi bidang ini kerana tidak tahu serba-serbi tentang perniagaan custom made jacket atau anda masih lagi salah faham tetang perniagaan jaket, khususnya di negara kita…

  1. Malaysia ini kan negara panas, siapa nak pakai jaket?
  2. Jaket ni mesti mahal, siapa nak beli? Orang lagi ramai nakkan t-shirt daripada jaket.

Kedua-dua persoalan di atas tadi akan kami jawab dalam kursus ini nanti.

Nanti selepas anda mengetahui yang bidang ini memberi keuntungan yang lebih daripada yang lain dan permintaan jaket yang tidak kurang hebatnya, pasti anda akan mula meminatinya.

Bisnes jaket adalah satu perniagaan produk pakaian premium yang menguntungkan untuk yang serius dalam perniagaan pakaian custom made.

Secara amnya, apa yang anda perlu tahu tentang perniagaan jaket…

  • Ada banyak jenis jaket… yang biasa kami jual; varsity, bomber, sweater, windbreaker, winter, executive. Banyak lagi yang lain… harrington, parka, safety vest etc etc
  • Pasaran dan permintaan menggalakkan. Banyak syarikat swasta, agensi kerajaan, kumpulan-kumpulan pelajar kolej dan universiti hinggalah ke sekolah-sekolah menengah, mahukan custom made jacket.
  • Pilihan yang lebih luas, khususnya custom made jackets. Produk ready made jacket juga agak terhad pilihan yang ada.
  • Masih kurang persaingan, sebabnya tak ramai yang mahu ceburi bidang ini. Peluang untuk anda rebut sekarang.
  • Bisnes custom made jacket adalah suatu perniagaan yang premium, bukan jual ‘baju murah’ dan bukan boleh suka-suka ‘buang harga.’
  • Margin untung yang lebih hebat daripada yang lain, anda akan rasa nanti “bestnya buat bisnes jacket ni.”

Ya… banyak yang kami akan jelaskan dalam kursus ini nanti. Perkara paling penting kami akan terangkan tentang product knowledge dan marketing & sales untuk perniagaan jaket ini, supaya lebih mudah dan lebih cepat anda buat duit.

Kalau sebelum ni anda selalu mengeluh begini…

“selama ini pelanggan tempah baju 100 helai pun, margin untung cuma
dua-tiga ringgit sehelai, itu pun pelanggan nak minta harga murah lagi”

“rasanya dah jual habis murah nih, ada mamat gi buang harga lagi… kasi harga lagi murah”

“dah terlalu ramai sangat orang buat benda yang sama, susah nak bersaing”


ANDA PERLU HADIR KE KURSUS BISNES CUSTOM MADE JACKETS

dan lepas ni anda boleh rasa margin untung RM8~10 sehelai paling kurang.
Pelanggan tempah 50 helai, boleh dapat untung RM450~RM650.

Macam mana nak buat untung macam tu…

ANDA PERLU HADIR KE KURSUS BISNES CUSTOM MADE JACKETS

Tempat terhad, cuma 30 tempat duduk sahaja.

 

Berikut adalah maklumat tentang kursus ini:

Tempat: Bilik Seminar 4, Tingkat 3, PKNS Biz Point, Jalan Plumbum P7/P, Seksyen 7, Shah Alam Selangor,

Tarikh dan hari: 9 Disember 2017, hari Sabtu

Masa: 9.30 pagi hingga 4.30 petang

 

Agenda perkongsian kami dalam kursus ini adalah seperti berikut:

  • Pengenenalan: bisnes custom made jacket
  • Jenis-jenis jacket
  • Material / bahan-bahan
  • Pengiraan harga
  • Marketing & sales untuk custom made jacket
  • Soal-jawab & FAQ

 

Yuran pernyertaan: RM50 sahaja seorang
(Regular Agent cuma Rm30 dan Premium Agent percuma)

Tempat terhad, cuma 30 tempat duduk sahaja.

 

Whatsapp kami segera (klik logo di bawah)

atau call 0102889166
 

*kursus ini akan dikendalikan dalam Bahasa Malaysia