Pilih yang sedia ada. Tak perlu tunggu lama-lama.
Selamat datang ke ShirtReady, penyedia pakaian ready-made dari Eraine Clothing. Kami sediakan berbagai-bagai pakaian ready-made iaitu t-shirt, kemeja, jaket dan lain-lain daripada jenama-jenama terbaik untuk pakaian syarikat, team anda atau kegunaan acara. Anda tinggal pilih pakaian yang diperlukan, kemudian tambahkan logo, nama team anda atau apa saja untuk menghiasi identiti team anda.
Produk Pakaian Ready Made
Berikut adalah produk-produk pakaian ready made yang kami sediakan.
Untuk melihat pakaian yang anda mahukan, klik menu Katalog Produk atau scroll ke bahagian jenama-jenama pakaian bawah, pilih dan klik jenama pakaian, anda akan dibawa ke laman katalog jenama yang anda pilih tadi dan pilihlah model pakaian yang anda mahukan.
Polo T-shirts
Shirts
Cotton T-shirts
Sports & Active Wears
Muslimahs
Casual Outerwears
Corporate Jacket
Work Wears
Caps
Pants
Aprons
Towels
Jenama-jenama Pakaian Ready-Made Ternama
Berikut adalah jenama-jenama pakaian ready made yang kami sediakan. Anda boleh memilih model pakaian yang anda perlukan dari setiap jenama berikut, klik logo jenama dan anda akan dibawa ke laman katalog pakaian, pilihlah pakaian yang anda mahukan.
Ada jenis pakaian yang terdapat dalam beberapa jenama. Gunakan pencarian di bawah untuk mencari nama pakaian kemudian pilih jenama kesukaan anda.
Servis Customize Pakaian
Customize pakaian anda dengan logo, nama syarikat, nama kumpulan atau apa saja. Anda boleh pilih mahu gunakan sulaman, printing DTF atau silkscreen printing untuk dekorasi pakaian team anda.
Computerized Embroidery
Silkscreen Printing
Heat Transfer Printing
Cara-cara Menempah Pakaian
Berunding dengan kami
Hubungi kami melalui WhatsApp atau e-mel dan beritahu kami tentang pakaian yang anda ingin tempah (jenama, model, warna, saiz), jika anda mahu tambah logo, perkataan atau nama serta jenis dekorasi (sulaman atau printing). Beritahu kami juga maklumat diri anda, lokasi penghantaran dan bila anda perlukan pakaian ini.
Lakukan pembayaran
Kami akan memaklumkan anda tentang harga, kaedah pembayaran dan memberikan anda invois.
Proses produksi
Setelah menerima bayaran anda, kami memulakan proses produksi pakaian anda, bermula dengan menyediakan pakaian, seterusnya proses dekorasi dan kemudian pembungkusan.
Penghantaran
Setelah pakaian siap, kami akan memberitahu anda. Sekiranya terdapat baki tertunggak, ia hendaklah dijelaskan terlebih dahulu; kami akan menghantar pesanan anda dengan segera menggunakan perkhidmatan kurier.
Soalan-soalan Yang Sering Ditanya (FAQ)
Pesanan minima adalah sebanyak 10 helai atau unit untuk setiap jenis pakaian dan design dekorasi.
Kami memenuhi permintaan untuk sampel dalam dua cara:
- Anda buat pesanan pukal, dan kami akan membuat satu sampel terlebih dahulu untuk semakan anda sebelum meneruskan pengeluaran penuh.
- Kami hasilkan satu atau beberapa sampel terlebih dahulu sebagai prototaip, sebelum anda membuat pesanan pukal.
Kami sedia membantu anda dalam mereka bentuk pakaian anda. Berikan kami maklumat terperinci tentang pakaian yang ingin anda tempah – jenis, model, warna, hiasan dan sebagainya.
Jika anda membuat pesanan dengan kami dan mahu kami mereka bentuk pakaian anda, perkhidmatan reka bentuk adalah percuma.
Pada mulanya, kami mengenakan sedikit bayaran untuk mereka bentuk pakaian anda. Walau bagaimanapun, caj ini akan ditolak daripada invois anda apabila anda membuat pesanan, menjadikannya percuma.
Pengeluaran sampel mengambil masa kira-kira 1 ~ 2 minggu.
Pengeluaran untuk pesanan pukal pula mengambil masa sekitar 2 hingga 4 minggu, bergantung pada stok, kuantiti pakaian dan proses sulaman atau cetakan.
Untuk pesanan segera, ia tertakluk kepada kapasiti pengeluaran kami pada masa pesanan diterima.
Pembayaran dibuat melalui pindahan wang melalui bank. Kami akan memaklumkan kepada anda tentang akaun bank dan kaedah transaksi kami. Syarat pembayaran adalah bayaran penuh.
Anda tidak perlu datang ke tempat kami untuk membuat tempahan. Pemilihan pakaian, perbincangan dan pembayaran dilakukan sepenuhnya secara online, ia lebih menjimatkan masa dan perbelanjaan anda.
Penghantaran akan mengambil masa seperti berikut:
- Lembah Klang: ekspress 1 hari, courier 2~3 hari
- Malaysia Barat (semenanjung): courier 2~3 hari
- Malaysia Timur: 3~5 hari
- Singapura: 3~5 hari
Jika terdapat masalah kualiti atau apa-apa masalah tentang pakaian yang ditempah yang berpunca daripada pihak kami, kami akan membaiki atau menggantikan pakaian tersebut.